Wednesday 27 September 2017

Muda, life is a beautiful struggle! 😉

Masa kau muda, kau naif. Kau innocent.
Dek kenaifan kau, innocence kau, kau bercita-cita tinggi. Lebih berusaha untuk menjadikan dunia ini lebih baik.
Lebih indah, lebih mulia.

Kerana harapan itu masih kuat. Belum putus. Belum dipatahkan kedangkalan manusia dan kesombongan mereka.

Kau anggap setiap kita adalah sama; mahukan yang terbaik untuk semua.

Makin kau tua baru kau faham dan sedar, yang terbaik itu hanya untuk mereka.

Untuk sendiri.
Untuk diri sendiri.

Harapan itu berlalu pergi. Jauh kau lempar di sudut jauh benak hati.

Aku doakan kalian kekal berharap.
Selamanya.
Dan semoga dengan pengharapan yang kekal itu akan ada hati-hati yang tersentuh.

Lalu tersingkap hati-hati ini untuk berubah.

Ke arah dunia yang lebih indah.

No comments:

Post a Comment